BISMILAH

aizi

aizi

selamat datang

Wednesday, November 4, 2009

PENSYARAH-PENSYARAH
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT PULAU PINANG





















Inilah tok syeikh tasmi' ana
Sahibul Fadhilah Ustaz Helmi bin Ismail Al Hafiz








Sahibul Fadilah Ustaz Ahmad Bin Hashim Al Hafiz









Sahibul Fadhilah Ustaz Yazid Bin Salleh Al Hafiz













Sahibul Fadhilah Ustaz Nasrulpata Bin Wahab Al Hafiz












Sahibul Fadhilah Ustaz Zulkefli Al Hafiz













Sahibul Fadhilah Ustaz Ahmad Tajudin Al Hafiz











Thursday, October 15, 2009

Tuesday, October 13, 2009

AL QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT



TAZKIRAH 1


Mafhum Firman Allah SWT:

"Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan ,bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan yang batil"
Surah Al Baqarah : 185

Abu Umamah r.a berkata : "Rasulullah saw telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari al Quran,setelah itu Rasulullah saw memberitahu tentang kelebihan al Quran"

Telah bersabda Rasulullah saw : "Belajarlah kamu akan al Quran,di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya,di mana di kala itu orang sangat memerlukannya.Ia akan datang dalam bentuk
seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: Siapakah kamu? "Maka berkata al Quran:Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang telah membaca al Quran itu: Adakah kamu al Quran?"Lalu al Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca al Quran itu mengadap Allah SWT lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,kemudian dia meletakkan atas mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat kali ganda,sehingga keduanya bertanya: "Dari manakah kami memperolehi ini semua,pada hal amal kami tidak sampai kepada kami tidak sampai ke tahap ini? Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari al Quran."

Didalam riwayat yang lain daripada Anas bin Malik,bersabda Rasulullah saw pada suatu hari :
"Mahu ke tidak aku maklumkan kepada kamu orang yang paling baik di kalangan umatku pada hari kiamat nanti?" Mereka menjawab: "Mahu ya Rasulullah saw" Rasulullah bersabda: "Mereka yang membaca al Quran kerana pada hari itu Allah berkata , "Wahai Jibril,serulah pada Mahsyar itu siapa yang membaca al Quran maka bangunlah mereka dihadapan Ar Rahman sehingga dibangkit Nabi Daud A.S dan berkata Allah SWT sekarang bacalah kamu semua maka bacalah mereka semua dengan suara yang merdu dan penuh khusyuk dan berkata lagi Allah SWT "Wahai ahliku,adakah kamu tahu siapa yang telah berbuat baik ketika kamu ketika di dunia? Mereka menjawab ya.Maka Allah SWT pun menyuruh mereka pergi dan dapatkan mereka di mahsyar dan bawalah mereka bersamamu ke dalam syurga."


PENGAJARAN DARIPADA TAZKIRAH 1

  • Sempena bulan Ramadhan yang dikenali sebagai bulan al Quran marilah kita bersama-sama keluarga meningkatkan lagi usaha membaca dan menghayati al Quran.
  • Al Quran adalah sumber Ilmu,hidayah dan penerangan kepada seluruh manusia dalam alam ini.
  • Berbaktilah kepada mereka yang mengajar dan belajar al Quran agar mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Pengenalan




Raudhatul Ulum membawa maksud Taman Ilmu.
Sebagai hamba Allah yang bergelar seorang muslim,kita diwajibkan menuntut ilmu sebanyak yang mungkin.Islam tidak pernah mengehadkan untuk hambanya yang bergelar muslim hanya menuntut ilmu agama sahaja namun di sini ingin ditegaskan Islam turut menggalakkan hambanya menuntut ilmu duniawi,teknologi dan sekular.Justeru,secara ringkasnya ingin saya membawa anda untuk kita bersama-sama menambah ilmu Allah SWT yang memang jelas luas serta banyaknya ilmu tersebut.Kata para hukama'


اطلب العلم من المهد إلى اللحد

Tuntutlah Ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.

والله تعالى والنبي اعلم
والسلام علاىكم

raudhatul ulum.fm